RESIPI MENJADI

Resipi sure menjadi untuk hidangan minum teh petang atau sarapan pagi...
Mesti try tau.....!!!

CUCUR UDANG 
(hidangan untuk 4 - 6 orang)


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung cucur udang Adabi
1 biji telur ayam
300 gm udang 
2 biji bawang besar dipotong dadu
daun sup dan daun bawang secukupnya
2 biji cabai merah 

Cara Persediaan:
1. Bahagikan sepertiga udang untuk hiasan dan yang selebihnya untuk perencah cucur.
2. Udang untuk hiasan dibuang sebahagian kepala dan ekornya. Bersihkan dan tos.
3. Siang udang yang akan digunakan sebagai perencah. Kulit udang dibersihkan dan direbus dengan 4 cawan air dan secubit garam selama 10 minit untuk mendapat air rebusan udang.
4. Potong dadu isi udang dan bawang besar.
5. Daun sup dan daun bawang dipotong sepanjang 1sm, dan cabai dihiris.
6. Masukkan udang, bawang besar, daun sup, daun bawang dan cabai yang dipotong ke dalam bekas yang cukup besar.
7. Masukkan campuran tepung gandum dan tepung cucur udang.
8. Tuang air rebusan kulit udang secukupnya ke atas bahan-bahan bancuhan tepung cucur. 
9. Masukkan telur dan gaul bancuhan sampai rata.
10. Goreng bancuhan dalam minyak sehingga kuning dan tos.

Peringatan:
* Jika suka, boleh ditambah/ganti dengan bahan-bahan seperti taugeh, kucai, karot dll.
* Sekiranya tiada tepung cucur udang Adabi, boleh juga mengguna tepung naik sendiri, atau sekiranya menggunakan tepung gandum sahaja, tambah 1/2 camca baking powder.
* Jika mahu buat CUCUR NASI, guna hanya 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung cucur Adabi dan tambah 1 cawan nasi yang sudah diblend.
* Untuk buat CUCUR IKAN BILIS pula, gantikan udang dengan 100 gm ikan bilis yang ditumbuk kasar.


BIHUN GORENG HAILAM (KERING) 
(hidangan untuk 6 - 8 orang)

Bahan-bahannya:
1 paket bihun
200 daging ayam dipotong kecil/nipis
1 ikat sayur sawi + 1 mangkuk kecil kobis
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 camca serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap
4 sudu makan sos tiram
4 sudu minyak masak
1 cawan air

Cara Persediaan:
1. Rendam bihun sehingga lembut. Buang air rendaman, tos bihun dan ketepikan.
2. Sekiranya menggunakan daging ayam dari bahagian yang berisi (dada atau pangkal paha) potong nipis-nipis; tetapi jika menggunakan bahagian yang bertulang spt kepak, leher, potong ayam kecil.
3. Tumbuk atau bawang merah, bawang putih, dan halia.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga kuning.
5. Masukkan air, dan campurkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan lada hitam.
6. Jika suka, masukkan 1 kiub perasa ayam dan didihkan sehingga semuanya sebati dan kuah kering sedikit.
8. Masukkan sayur dan kacau sehingga rata; kemudian masukkan bihun.
9. Kacau rata. Masak sehingga masakan berwap dan tutup api.

Peringatan:
* Hiasan hidangan: Tabur atas hidangan cabai merah, daun sup dan daun bawah yang telah dipotong, juga dengan sedikit bawang goreng.
* Jika mahu memasak BIHUN GORENG HAILAM, tambah air mengikut kepekatan secukupnya [Cadangan: 3 cawan air]
* Bagi yang suka sayur lebih, bolehlah ditambah bunga kobis, putik jagung dan karot.


SAMBAL TUMIS UDANG 
(hidangan untuk 6 - 8 orang)

Bahan-bahannya:
500 gm udang (dipotong muncung kepala, kaki dan ekor)
2 senduk cili blend
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 susu sos tomato
sedikit belacan
gula dan garam secukupnya
1½  senduk minyak

Cara Persediaan:
1. Bersihkan udang yang telah dipotong muncung kepala, kaki, dan ekor. Tos dan ketepikan.
2. Blend/tumbuk: cabai, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat/halus.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang diblend/tumbuk sehingga naik minyak (bau).
4. Masukkan sos tomato, gula dan garam.
5. Masukkan udang dan masak sampai udang masak secukupnya.




No comments:

Post a Comment